POLIS telah menangkap seorang lelaki berusia 28 tahun di Orchard Road pagi tadi (10 Nov) kerana mengganggu ketenteraman awam.
Menurut jurucakap polis, pegawai polis melihat dua lelaki sedang bertengkar di Orchard Road semasa mereka meronda di kawasan itu sekitar 6.40 pagi tadi.






