Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki ditangkap polis di Orchard kerana ganggu orang awam

Nov 10, 2019 | 10:06 PM
-

POLIS telah menangkap seorang lelaki berusia 28 tahun di Orchard Road pagi tadi (10 Nov) kerana mengganggu ketenteraman awam.

Menurut jurucakap polis, pegawai polis melihat dua lelaki sedang bertengkar di Orchard Road semasa mereka meronda di kawasan itu sekitar 6.40 pagi tadi.

"Meskipun pegawai polis itu memberi mereka amaran berulang kali untuk bertenang, salah seorang daripada mereka - seorang lelaki berusia 28 tahun yang berbau minuman keras - enggan mengikut arahan dan terus mengganggu ketenteraman awam," kata jurucakap itu.

Lelaki itu kemudian ditangkap.

Dalam satu video yang tular di media sosial, lelaki itu dilihat bergelut dengan polis semasa pegawai itu cuba menangkapnya.

Dipercayai, lelaki itu merupakan seorang personaliti setempat namun Berita Harian belum dapat mengesahkan identitinya.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg