SEORANG penunggang motosikal berusia 25 tahun diberkas kerana menunggang secara bahaya, menunggang tanpa izin pemilik motosikal, dan disyaki mempunyai kesalahan berkaitan dadah pada Sabtu (16 November).
Menjawab pertanyaan Stomp, polis berkata pegawai Polis Trafik telah menahan seorang penunggang motosikal berdekatan dengan Kallang Road, menuju ke arah Victoria Street sekitar 8.14 pagi untuk diperiksa.





