SABAN hari, pereka fesyen Singapura, Encik Adam Rashid, bertekad menebarkan sayapnya bagi menghasilkan rekaan inovatif dan eksperimental bagi dunia selebriti di Singapura, Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.
Setelah dilamar bagi menghasilkan fesyen pakaian trendy buat penyanyi hip hop Malaysia, MimiFly, di pentas Anugerah Planet Muzik (APM) tahun lalu, Encik Adam, 38 tahun, menghasilkan jaket berwarna buat penyanyi Malaysia, Sufian Suhaimi...





