MELBOURNE: Novak Djokovic berjaya mempertahankan mahkota Terbuka Australia sekali gus memenangi pertandingan Grand Slam ke-17 setelah terpaksa mengatasi cabaran fizikal dan mental yang hebat untuk menewaskan Dominic Thiem dalam lima set.
Pemain asal Serbia itu menang dengan catatan 6-4, 4-6, 2-6, 6-3, dan 6-4 untuk mencatatkan rekod kemenangan lapan kali dalam pertandingan yang diadakan di Melbourne Park itu.





