Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS TERBUKA AUSTRALIA

Jaguh tenis Novak Djokovic pertahan mahkota Terbuka Australia

Pemain asal Serbia menang pertandingan Grand Slam ke-17 selepas tewaskan Dominic Thiem dalam lima set
Feb 04, 2020 | 05:30 AM



MELBOURNE: Novak Djokovic berjaya mempertahankan mahkota Terbuka Australia sekali gus memenangi pertandingan Grand Slam ke-17 setelah terpaksa mengatasi cabaran fizikal dan mental yang hebat untuk menewaskan Dominic Thiem dalam lima set.



Pemain asal Serbia itu menang dengan catatan 6-4, 4-6, 2-6, 6-3, dan 6-4 untuk mencatatkan rekod kemenangan lapan kali dalam pertandingan yang diadakan di Melbourne Park itu.



Djokovic, 32 tahun, terpaksa mendapatkan rawatan doktor sebanyak dua kali dalam perlawanan tersebut.



Thiem, 26 tahun, dari Australia mendahului dua set setelah tiga set dimainkan namun terpaksa terus menunggu untuk kejuaraan utama pertamanya. Ini merupakan kekalahan Grand Slam ketiga beliau.



Djokovic, yang menunjukkan keunggulan beliau namun beberapa kali diatasi emosi, terpaksa menangani sokongan penonton yang berpihak kepada pemain tempatan itu.



Thiem menerima sokongan padu dari penyokong di Rod Laver Arena, sekali gus memaksa Djokovic meraikan kemenangannya dengan meletakkan jarinya di bibir.



Djokovic berkata beliau tidak berada pada tahap 100 peratus setelah mengalami masalah dehidrasi yang menjejas tenaganya.



Beliau nampak jelas masih terjejas semasa upacara penyampaian trofi sebelum menyampaikan ucapan penuh emosi mengenai kebakaran hutan di Australia, konflik dunia dan kematian legenda bola jaring Amerika dan mentor beliau, Kobe Bryant.



"Ini adalah peringatan bagi kita semua bahawa kita perlu lebih bersatu padu," kata Djokovis kepada lebih 15,000 penonton.



"Dan sentiasa mengahargai dan mencintai orang yang anda sayangi. Merekalah yang paling penting dalam dunai ini," tambahnya lagi.



Mengulas, Thiem berkata beliau kecewa namun bangga kerana dapat bersaing dan mencabar seorang legenda sehingga ke penghujungnya.



Menurutnya, beliau telah memberikan segala-galanya namun telah berdepan dengan seorang gergasi di gelanggang yang dapat mengerah tenaga tambahan dalam masa-masa mencabar.



"Saya memaksa Novak bermain melebihi keupayaannya hari ini dan itu sesuatu yang dapat saya banggakan di tengah-tengah kekecewaan yang begitu mendalam ini," katanya.



Kejayaan Djokovic itu bermakna beliau semakin hampir menyamai rekod pemain Switzerland, Roger Federer, yang mempunyai 20 kemenangan Grand Slam, dan dua di belakang legenda Sepanyol, Rafael Nadal, yang mempunyai 19 kemenangan Grand Slam.



Dengan kejayaan Djokovic itu, beliau akan kembali sebagai pemain lelaki nombor satu dunia, menggantikan Nadal. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >