SEORANG lelaki berusia 27 tahun telah ditangkap selepas merempuh kereta yang dipandunya ke sebuah taman permainan di kawasan Bukit Merah.
Lelaki itu ditangkap kerana disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan menggunakan kekerasan untuk menghalang pegawai awam daripada melakukan tugasnya, kata polis hari ini (Sabtu, 21 Dis).





