Topic followed successfully
Go to BHkuPemandu rempuh taman permainan ditangkap, disyaki di bawah pengaruh dadah
Pemandu rempuh taman permainan ditangkap, disyaki di bawah pengaruh dadah
Dec 21, 2019 | 1:55 PM
Pemandu rempuh taman permainan ditangkap, disyaki di bawah pengaruh dadah
Pemandu yang telah merempuh keretanya ke sebuah taman permainan di Jalan Bukit Merah telah ditangkap. FOTO: MERVIN LOW -
SEORANG lelaki berusia 27 tahun telah ditangkap selepas merempuh kereta yang dipandunya ke sebuah taman permainan di kawasan Bukit Merah.
Lelaki itu ditangkap kerana disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan menggunakan kekerasan untuk menghalang pegawai awam daripada melakukan tugasnya, kata polis hari ini (Sabtu, 21 Dis).
Lelaki itu juga didapati memandu tanpa lesen sah.
Polis diberitahu tentang kejadian di Blok 315 Jalan Bukit Merah pada 11.58 malam semalam, lapor The Straits Times.
Difahamkan, lelaki itu mengalami kecederaan ringan tetapi tidak mahu dibawa ke hospital.
