Yayasan Mendaki mahu memberi peluang kepada masyarakat untuk memperoleh kemahiran baru dan menjiwai pembelajaran sepanjang hayat melalui pelbagai wadah, tanpa mengira usia mereka.
Menekankan demikian, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata, sebagai contoh, usaha ini boleh dilihat melalui acara Raikan Ilmu @ Heartlands di bawah kemen ‘Raikan Ilmu’.





