PENGENDALI rangkaian perhubungan, Netlink Trust (NLT), telah diberi lampu hijau untuk meneruskan dengan kerja-kerja pemasangan yang memerlukan mereka melakukan kunjungan ke rumah atau pejabat mulai hari ini, selepas perkhidmatan itu digantung minggu lalu setelah empat pekerja daripada salah satu kontraktornya diuji positif Covid-19.
Bagaimanapun, sekatan yang masih dilaksanakan ke atas pekerja asing, termasuk kewajipan mematuhi arahan duduk di rumah yang...





