Topic followed successfully
Go to BHkuIMDA: NLT boleh teruskan khidmat pemasangan jalur lebar
IMDA: NLT boleh teruskan khidmat pemasangan jalur lebar
IMDA: NLT boleh teruskan khidmat pemasangan jalur lebar
PENGENDALI rangkaian perhubungan, Netlink Trust (NLT), telah diberi lampu hijau untuk meneruskan dengan kerja-kerja pemasangan yang memerlukan mereka melakukan kunjungan ke rumah atau pejabat mulai hari ini, selepas perkhidmatan itu digantung minggu lalu setelah empat pekerja daripada salah satu kontraktornya diuji positif Covid-19.
Bagaimanapun, sekatan yang masih dilaksanakan ke atas pekerja asing, termasuk kewajipan mematuhi arahan duduk di rumah yang dikeluarkan kepada semua pekerja sektor pembinaan, akan menjejas teruk keupayaan NLT untuk memenuhi perkhidmatannya, menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dalam kenyataannya hari ini.
"Pelanggan harus menjangkakan masa menunggu lebih lama bagi mendapatkan khidmat yang diperlukan," kata IMDA. "NLT akan berusaha memenuhi temujanji perkhidmatan secepat yang boleh, dan akan mengutamakan kediaman yang tidak mempunyai kemudahan jalur lebar dan yang memerlukan pembaikan segera."

