LAMPU Raya di Geylang Serai dijangka dinyalakan sepenuhnya setelah tamat tempoh pemutus rantaian jangkitan, tertakluk kepada keizinan pihak berkuasa.
Dalam kenyataannya pada Isnin (25 Mei), Wisma Geylang Serai (WGS), berkata bahawa sinaran lampu raya tahun ini yang bermula 23 Mei, dengan izin istimewa daripada pemerintah, hanya dinyalakan dari 8.20 malam hingga 10 malam.





