TIDAK DAPAT TERUS PANDU: Kapten bas wanita yang sedang memandu bas nombor 189 itu, menangis setelah mendengar berita kematian suaminya dan beliau tidak dapat terus memandu. Klip video yang disebarkan di media sosial pada Sabtu malam menunjukkan wanita itu tidak dapat meneruskan pemanduan kerana terlalu sedih, sebaik menerima berita itu melalui telefonnya. Beliau memberhentikan bas itu di perhentian bas Clementi...





