SINGAPURA akan mempertingkatkan keupayaannya dengan menambah bilangan katil di kemudahan jagaan masyarakat sebanyak dua kali ganda kepada 20,000 katil menjelang akhir Jun ini sedang negara mempersiap menangani bilangan kes Covid-19 yang kian meningkat.
Mengumumkan demikian semasa sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian semalam, Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, berkata buat masa ini kemudahan jagaan masyarakat yang dikhususkan bagi pesakit...





