Topik diikuti
Pergi ke BHku20,000 katil tampung pesakit Covid-19 simptom ringan
20,000 katil tampung pesakit Covid-19 simptom ringan
528 kes baru; Kes dalam masyarakat mungkin naik sedang ujian dipertingkat: Gan
20,000 katil tampung pesakit Covid-19 simptom ringan
RUANG PENGASINGAN: Pusat Pameran Changi ini menampung pesakit Covid-19 yang mempunyai gejala ringan. - Foto BH oleh DESMOND FOO -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Apr 29, 2020 | 5:30 AM
SINGAPURA akan mempertingkatkan keupayaannya dengan menambah bilangan katil di kemudahan jagaan masyarakat sebanyak dua kali ganda kepada 20,000 katil menjelang akhir Jun ini sedang negara mempersiap menangani bilangan kes Covid-19 yang kian meningkat.
Mengumumkan demikian semasa sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian semalam, Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, berkata buat masa ini kemudahan jagaan masyarakat yang dikhususkan bagi pesakit yang menunjukkan simptom ringan dan berisiko rendah mempunyai sekitar 10,000 katil.