SEKARANG adalah masa yang baik untuk membuka semula sekolah memandangkan mungkin satu tahun atau lebih sebelum vaksin untuk Covid-19 ditemukan, apatah lagi hanya sedikit sahaja kes jangkitan baru dalam kalangan masyarakat, kata Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, hari ini.
Melanjutkan tempoh penutupan sekolah akan memberi kesan besar kepada anak-anak bukan hanya dari segi akademik, tetapi juga dari segi emosi...





