SYDNEY: Syarikat penerbangan, lapangan terbang dan penanggung insurans di seluruh Asia kini bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan kerosakan yang sangat tinggi ke atas pesawat apabila musim ribut taufan di rantau ini bermula.
Ini memandangkan ratusan pesawat kini 'tersadai' di lapangan terbang dan tidak beroperasi dan tidak mudah dipindahkan ke mana-mana disebabkan perintah kawalan pergerakan demi membendung pandemik koronavirus.





