DUA pameran pelancongan setempat telah ditunda selama tempoh yang belum ditentukan ekoran pandemik koronavirus yang telah melanda serata dunia sehingga kini.
Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Nasional Singapura (Natas) telah ditunda selama tempoh yang tidak ditentukan lagi sementara pameran Travel Revolution, yang dianjurkan Persatuan Agensi Pelancongan Luar Singapura (Sotaa) telah dibatalkan tahun ini dan turut bakal dibatalkan bagi tahun depan.





