Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pameran Natas, Travel Revolution ditunda selama tempoh tidak tentu

May 8, 2020 | 5:39 PM
DITUNDA: Pameran pelancongan merupakan sumber pendapatan tahunan sebanyak 20 peratus bagi agensi pelancongan setempat. FOTO: LIANHE ZAOBAO
DITUNDA: Pameran pelancongan merupakan sumber pendapatan tahunan sebanyak 20 peratus bagi agensi pelancongan setempat. FOTO: LIANHE ZAOBAO -

DUA pameran pelancongan setempat telah ditunda selama tempoh yang belum ditentukan ekoran pandemik koronavirus yang telah melanda serata dunia sehingga kini.

Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Nasional Singapura (Natas) telah ditunda selama tempoh yang tidak ditentukan lagi sementara pameran Travel Revolution, yang dianjurkan Persatuan Agensi Pelancongan Luar Singapura (Sotaa) telah dibatalkan tahun ini dan turut bakal dibatalkan bagi tahun depan.

Presiden Sotaa, Cik Kay Swee Pin, yang juga pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sino-America Tours Corporation Pte Ltd (Singapore) menjangkakan bahawa pelancongan seawalnya akan bermula pulih pada April 2021, lapor The New Paper (TNP).

"Pelancongan sekarang merupakan sesuatu yang amat tidak pasti, dan bagi kebanyakan orang, ia merupakan sesuatu kegiatan yang tidak penting. Ia mustahil untuk membuat sebarang rancangan pelancongan pada masa ini akibat sekatan pergerakan dan penutupan sempadan di serata dunia yang tidak boleh dijangkakan," kata beliau.

Cik Kay berkata, musim akhir tahun adalah musim pelancongan yang sibuk. Beliau meluahkan keprihatinan bahawa bagi destinasi yang popular, ia akan menyaksikan musim sejuk pada musim itu berdepan risiko gelombang kedua wabak virus berlaku.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg