Sekitar 20 peratus, atau lebih 6,000 daripada 27,000 kakitangan Singapore Airlines (SIA) Group telah mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh berbeza-beza untuk membantu syarikat itu mengharungi keadaan sektor penerbangan yang runtuh akibat Covid-19.
Lebih 1,700 kakitangan, termasuk kakitangan darat, juruterbang dan kru kabin telah mendaftar bagi peranan sukarela dan pekerjaan dalam pertubuhan luar.





