Penumpang membawa barangan melintasi pejabat Middle East Airlines (MEA) di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut–Rafic di Beirut, Lebanon sedang semua pelepasan dan ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut Rafic Hariri ditangguh atau dibatal susulan ancaman serangan Israel ke atas Lebanon.
DuniaJul 29, 2024 | 2:40 PM

Hezbollah tinggalkan kedudukan di selatan, timur Lebanon jelang serangan Israel

BEIRUT: Hezbollah telah mengosongkan kedudukan di selatan dan timur Lebanon selepas ancaman balas Israel terhadap serangan maut di bandar Druze Majdal Shams di Bukit Golan, kata sumber yang rapat dengan kumpulan itu pada 28 Julai.

Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, berikrar “menggempur musuh dengan kuat” sehari selepas tembakan roket dari Lebanon membunuh 12 kanak-kanak bawah umur di bandar Majdal...

Pelajar Singapura terus menunjukkan prestasi kukuh dalam Pisa 2025, termasuk dalam kemahiran menyelesaikan masalah, membaca, Matematik dan Sains.
SingapuraSep 8, 2026 | 3:30 PM

Pisa 2025: Pelajar S’pura kekal antara terbaik dunia, namun jurang prestasi melebar

Lebih separuh pelajar Singapura menunjukkan keupayaan tinggi dalam menyelesaikan masalah secara sistematik, sekali gus meletakkan negara ini di tempat kedua dalam kecekapan tersebut.

Dapatan itu berdasarkan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2025, yang buat kali pertama menilai keupayaan pelajar dalam Penyelesaian Masalah Pengkomputeran (CMPS).

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Perladangan dan Komoditi dari Umno, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Putrajaya, pada 8 September.
MalaysiaSep 8, 2026 | 3:27 PM

Anwar tegaskan muafakat dalam Kerajaan Perpaduan di tahap baik

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerjasama dan muafakat dalam kalangan anggota Jemaah Menteri secara keseluruhannya, masih berada pada tahap baik biarpun wujud pelbagai dakwaan terutama di media sosial.

Datuk Anwar berkata kerjasama dalam Jemaah Menteri menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kestabilan politik dan membolehkan kerajaan merancang hala tuju negara.

Eman Manan, Datuk, pelakon veteran, terengganu
HiburanSep 8, 2026 | 3:27 PM

Eman Manan bergelar Datuk

Pelakon veteran terkenal, Eman Manan telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) bersempena Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Sultan Terengganu.

Anugerah tersebut sekali gus melayakkan beliau menggunakan gelaran Datuk.

Suspek dipercayai memperdaya 400 pemohon dengan meminta bayaran kira-kira RM4,000 daripada setiap seorang bagi menguruskan permohonan lot tapak rumah.
MalaysiaSep 8, 2026 | 3:13 PM

Pengerusi jawatankuasa perumahan ditahan, disyaki seleweng RM1.6 juta

JOHOR BAHRU: Seorang pengerusi jawatankuasa perumahan sebuah badan berkanun persekutuan di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah serta menyalahgunakan kuasa membabitkan kira-kira RM1.6 juta ($500,806).

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 7.30 malam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Johor.

Wanita memakai pelitup muka ketika berjalan di sebuah pasar di Palangka Raya, Kalimantan Tengah, yang diselubungi jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah semasa Hari Tanpa Kenderaan pada 6 September 2026. Jerebu berpanjangan di Kalimantan menjejas kesihatan dan kehidupan harian penduduk, dengan paras zarah halus berbahaya dilaporkan jauh melebihi tahap selamat yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
DuniaSep 8, 2026 | 3:09 PM

Jerebu Kalimantan jejas sekolah, kesihatan dan kehidupan harian penduduk

PONTIANAK: Kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan semakin menekan kehidupan penduduk apabila jerebu tebal bukan sahaja menjejas kesihatan, malah memaksa sekolah ditutup dan menyebabkan bekalan pelitup muka serta peralatan memadam kebakaran semakin berkurangan.

Asap daripada kebakaran di wilayah Indonesia di Pulau Borneo itu turut merebak sehingga ke Malaysia, sedang keadaan kering akibat fenomena El Nino menyukarkan usaha mengawal kebakaran.

Mahu elak anak makan bersepah cetus idea jual dadih dalam pek minuman
Play Video

Sheikh Haikel hidap bara usus tahap empat
Play Video

Menghidupkan semula hidangan warisan yang kian dilupakan
Play Video

Nenek 80 tahun lakukan senaman dalam air untuk kekal aktif
Play Video

‘Saya bukan AP, tapi ingin berkhidmat kepada penduduk’
Play Video