JAKARTA: Pasangan Indonesia yang mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas ISIS dan cuba membunuh seorang menteri keselamatan negara itu telah dikenakan hukuman penjara pada Khamis (25 Jun).
Mahkamah Jakarta menjatuhkan hukuman 12 tahun kepada Syahrial Alamsyah, 51 tahun, dan sembilan tahun kepada isterinya, Fitria Diana, 21 tahun, setelah mensabitkan mereka atas tuduhan pengganasan kerana cuba membunuh mantan Menteri Keselamatan Wiranto...





