TENTERA darat Singapura kini boleh mengenakan helmet baru dan sistem pembawa peralatan (LBS) yang lebih baik, merangkumi 'vest' dan tali pinggang, untuk membawa peralatan ketenteraan mereka.
Sejak Januari tahun ini, anggota perkhidmatan negara (NSF) sepenuh masa yang berkhidmat dalam unit kombat seperti komando, pengawal, dan infantri telah diberikan versi LBS dipertingkat yang lebih mudah untuk disesuaikan, ergonomik dan lebih selesa...





