LIVERPOOL: Jurgen Klopp kagum dengan kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Ajax awal pagi semalam untuk mara ke peringkat 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara meskipun skuadnya berdepan senarai panjang pemain yang cedera.
Pemain muda Reds memanfaatkan peluang untuk menyinar dengan Curtis Jones yang berusia 19 tahun menjaringkan gol kemenangan manakala Caoimhin Kelleher yang membuat penampilan sulungnya dalam saingan Eropah memastikan gawang...





