Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Bakat muda Liverpool menyengat

Curtis, Kelleher pastikan anak didik Klopp ke pusingan kalah mati, kalahkan Ajax1-0
Dec 03, 2020 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Jurgen Klopp kagum dengan kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Ajax awal pagi semalam untuk mara ke peringkat 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara meskipun skuadnya berdepan senarai panjang pemain yang cedera.



Pemain muda Reds memanfaatkan peluang untuk menyinar dengan Curtis Jones yang berusia 19 tahun menjaringkan gol kemenangan manakala Caoimhin Kelleher yang membuat penampilan sulungnya dalam saingan Eropah memastikan gawang tidak dibolosi ketika menentang kelab gergasi dari Belanda itu.



Kemenangan memastikan skuad Klopp mendahului Kumpulan D dengan baki satu perlawanan sekali gus berpeluang merehatkan beberapa bintangnya ketika berkunjung ke Midtjylland minggu depan.



"Secara jujur, sejak saya datang ke sini, ini merupakan salah satu malam terbaik di Liga Juara-Juara," kata Klopp yang membawa Liverpool ke dua pertandingan final dan menjuarainya pada 2019.



Kelleher mengambil alih tempat Alisson Becker manakala Andrew Robertson memerlukan rawatan pada separuh masa pertama. Liverpool juga tidak menampilkan senarai bintang mereka yang termasuk Virgil van Dijk, Joe Gomez, Alex Oxlade-Chamberlain, Naby Keita, Xherdan Shaqiri, Trent Alexander-Arnold dan James Milner yang mengalami kecederaan.



"Ada banyak sebab untuk tersenyum kerana kami berdepan krisis kecederaan dan pemain saya melakukan yang terbaik," tambah Klopp



"Lihat mereka beraksi, Robbo dan Henderson dikasari namun tetap berjuang. Gini (Wijnaldum) tiada apa yang perlu dikatakan untuknya dan Curtis Jones, prestasi mantap daripada pemain berusia 19 tahun. Saya sangat bangga".



Sementara itu, Porto juga layak ke peringkat seterusnya dan Manchester City pula mengesahkan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan C selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 di Estadio do Dragao.



Skuad Sergio Conceicao lebih banyak bertahan sepanjang perlawanan tetapi beberapa aksi hebat penjaga gol tuan rumah, Agustin Marchesin, memastikan mereka meraih satu mata untuk mara.



City menguasai perlawanan tetapi jaringan minit akhir Gabriel Jesus dinafikan VAR.



Pelawat yang terlebih dahulu mara ke saingan kalah mati selepas menang empat perlawanan kini berpeluang merehatkan tunggak mereka pada aksi terakhir menentang Marseille minggu depan.



Dalam perlawanan lain, Atletico Madrid terpaksa menunggu untuk memastikan tempat ke saingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara selepas pemain gantian Thomas Mueller menjaringkan penalti saat akhir bagi membolehkan Bayern Munich seri 1-1 di Sepanyol.



Joao Felix meletakkan Atletico di depan pada separuh masa pertama sebelum Mueller menjaringkan penalti ketika permainan berbaki empat minit. Keputusan seri itu bermakna Bayern gagal melebarkan rekod 15 kemenangan dalam kejohanan itu.



Skuad Diego Simeone pula hanya menang sekali dalam empat aksi Eropah musim ini dan tahu bahawa kemenangan bakal membawa mereka ke saingan kalah mati selepas Lokomotiv Moscow tewas 1-3 kepada Salzburg di tempat sendiri. - AFP




KLOPP BANGGA



"Secara jujur, sejak saya datang ke sini, ini merupakan salah satu malam terbaik di Liga Juara-Juara. Ada banyak sebab untuk tersenyum kerana kami berdepan krisis kecederaan dan pemain saya melakukan yang terbaik."
- Jurgen Klopp, pengurus Liverpool.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >