Perjanjian dua hala yang dimetrai Singapura dengan negara lain tidak mengancam peluang pekerjaan untuk warga Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Ahad (23 Ogos).
Menjawab kritikan tentang bagaimana perjanjian dagangan bebas atau perjanjian kerjasama ekonomi menyeluruh telah menyebabkan Singapura 'menghakis perlindungan penting bagi (pekerjaan) warga Singapura', Encik Heng berkata bahawa kenyataan sedemikian adalah palsu.





