LAGI 13 kes baru virus Covid-19 dilaporkan di Singapura hingga 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah jangkitan di Singapura 58,273 kes.
Kesemua yang terjejas itu adalah kes import yang telah dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) setibanya di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.





