Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 13 kes baru, tiada dalam masyarakat

Dec 8, 2020 | 5:30 AM
59f2dba1-e8f5-4372-8492-8c672da72a62
-

LAGI 13 kes baru virus Covid-19 dilaporkan di Singapura hingga 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah jangkitan di Singapura 58,273 kes.

Kesemua yang terjejas itu adalah kes import yang telah dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) setibanya di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Tiada kes baru dilaporkan di kalangan masyarakat atau di dormitori pekerja asing.

Singapura telah mengenal pasti lima kes koronavirus, kelmarin.

Kesemuanya kes import dan telah dikenakan SHN setibanya di Singapura.

Tiada kes di dalam kalangan masyarakat.

Di kalangan lima pesakit, empat tidak menunjukkan simptom dan virus itu dikesan melalui pemeriksaan dan pengawasan proaktif.

Antaranya ialah seorang wanita dari Indonesia yang akan berkahwin dengan seorang warga Singapura dan tiba untuk majlis perkahwinannya.

Wanita berusia 35 tahun itu juga ialah pemegang pas jangka pendek, dan merupakan kontak dua kes import sebelum ini dari Indonesia - wanita berusia 41 tahun dan lelaki berusia 64 tahun yang tiba di Singapura untuk lawatan pendek.

Selain itu, dua lagi wanita dari Indonesia tidak menunjukkan simptom - seorang berusia 35 tahun dan satu lagi berusia 41 tahun, kededuanya ialah pemegang pas permit dan bekerja di sini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg