SINGAPURA akan memasuki fasa ketiga pembukaan semula dalam masa dua minggu lagi pada 28 Disember, jelas Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Isnin (14 Disember).
Menurutnya, saiz kumpulan yang dibenarkan bagi perhimpunan sosial akan ditambah dari lima hingga lapan, dengan had tampungan di ruang awam seperti pusat beli-belah, daya tarikan dan ruang sembahyang akan ditambah.





