MUFTI Dr Nazirudin Mohd Nasir memberi jaminan bahawa penggunaan vaksin Covid-19 dibolehkan berlandaskan ajaran dan syariat agama, sambil menggesa masyarakat Islam di sini supaya mendapatkan vaksinasi tersebut apabila ia disediakan.
Bercakap kepada media di pejabat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di Braddell Road semalam, beliau menegaskan bahawa keutamaan kini adalah untuk melindungi nyawa serta menjaga keselamatan orang awam agar kegiatan...





