LONDON: Pengurus Leicester, Brendan Rodgers menegaskan pasukannya tidak akan terbawa-bawa dengan pencapaian mereka mengatasi Tottenham Hotspurs untuk melonjak ke tangga kedua Liga Perdana England (EPL).
Dalam pertarungan sengit antara kedua-dua pasukan yang memulakan perlawanan di tempat ketiga dan keempat liga, dengan Spurs berada hanya satu mata di atas pasukan pelawat, Leicester membuktikan bahawa mereka merupakan pencabar utama Liverpool, selepas Jamie...





