Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Leicester calar misi kejuaraan Spurs

Dec 22, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Leicester, Brendan Rodgers menegaskan pasukannya tidak akan terbawa-bawa dengan pencapaian mereka mengatasi Tottenham Hotspurs untuk melonjak ke tangga kedua Liga Perdana England (EPL).



Dalam pertarungan sengit antara kedua-dua pasukan yang memulakan perlawanan di tempat ketiga dan keempat liga, dengan Spurs berada hanya satu mata di atas pasukan pelawat, Leicester membuktikan bahawa mereka merupakan pencabar utama Liverpool, selepas Jamie Vardy menyempurnakan sepakan penalti sebelum Toby Alderweireld menyumbatkan gol sendiri.



Dengan Leicester kini berada empat mata di belakang pendahulu liga, keputusan perlawanan kelmarin turut menyaksikan Spurs, yang minggu lalu duduk di takhta liga, kini jatuh ke tangga kelima, enam mata di belakang Liverpool.



"Saya fikir kami sangat cemerlang sepanjang perlawanan dan ini adalah kemenangan yang bermakna buat kami.



"Kami harus bermula mencatat kemenangan di laman sendiri. Pemain kami sentiasa belajar sepanjang masa dan sebab itulah kami masih belum menjadi sebuah produk lengkap," kata Rodgers.



Leicester meraih enam kemenangan daripada tujuh aksi di tempat lawan musim ini dan penyokong mereka mula membayangkan kejayaan 2016 bakal diulangi.



Mengulas tentang kedudukan pasukannya di dalam liga, Rodgers menambah:



"Cita-cita kami adalah untuk terus meningkat. Kami tidak akan terbawa-bawa, ada banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengembangkan lagi pemain muda kami."



Sementara itu, pengurus Spurs, Jose Mourinho akur dengan minggu yang mengecewakan bagi pasukannya selepas menyaksikan gandingan dua pemain utamanya, Harry Kane dan Son Heung-min sekali lagi gagal membantu Spurs untuk mencatat kemenangan.



"Ia bukan minggu yang sempurna jika bercakap dari aspek keputusan.Kami sepatutnya berada di sini sebagai pasukan yang memecahkan rekod Liverpool di Anfield dan memulakan permainan dengan semangat membara.



"Kami memulakan perlawanan ini dengan kekecewaan, tetapi Leicester juga tewas pada perlawanan sebelumnya namun turun dengan sikap positif.



"Kami tewas menerusi tendangan penalti dan gol sendiri," ujar Mourinho.



Dalam perlawanan lain, pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata persembahan yang dipamerkan anak buahnya sangat luar biasa bermula di minit pertama lagi.



"Cuba bayangkan jika terdapat 75,000 penyokong, ia sudah pasti akan terpahat dalam sejarah sebagai salah satu aksi menakjubkan menentang Leeds United," katanya kepada Sky Sports.



United melonjak ke tangga ketiga EPL selepas membelasah Leeds 6-2 dalam pertemuan pertama liga membabitkan kedua-dua pasukan selepas 16 tahun.



Mereka kini berjaya mengutip 26 mata, lima mata di belakang pendahulu dan juara bertahan, Liverpool.



United memenangi kesemua enam perlawanan di tempat lawan musim ini namun hanya sekali saja mencatat kemenangan di laman sendiri sebelum pertemuan dengan Leeds.



"Kami belum lagi berada di separuh perjalanan. Kedudukan liga bukan menjadi keutamaan kerana kami lebih mengharapkan ada peningkatan.



"Sekarang kami lebih bersemangat, penyokong kami ingin melihat perkara seperti ini," kata Solskjaer. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >