HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) naik selepas tender terakhir tahun ini pada Rabu (23 Dis) sedang pedagang kenderaan berusa menambah penjualan setelah setahun ditimpa pandemik dan cabaran bekalan yang terhad.
Namun secara purata, harga COE bagi kereta didapati hanya bertambah sedikit berbanding tahun lalu, meskipun bekalan COE kereta berkurangan 25 peratus.





