PEMANDU Mercedes Lewis Hamilton menandingi rekod tujuh kejuaraan sepanjang masa Formula Satu (F1) yang dicatat Michael Schumacher di Grand Prix Turkey bulan lalu.
Sebelum itu, Hamilton, 35 tahun, melepasi rekod sepanjang masa 91 kemenangan Schumacher di Grand Prix Portugal di Portimao dan kini meraih 95 kemenangan Grand Prix selepas 11 kemenangan dari 17 perlumbaan pada 2020.





