Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pahit manis sukan 2020

Messi atasi Pele, Hamilton terbaik

Dec 27, 2020 | 05:30 AM



PEMANDU Mercedes Lewis Hamilton menandingi rekod tujuh kejuaraan sepanjang masa Formula Satu (F1) yang dicatat Michael Schumacher di Grand Prix Turkey bulan lalu.



Sebelum itu, Hamilton, 35 tahun, melepasi rekod sepanjang masa 91 kemenangan Schumacher di Grand Prix Portugal di Portimao dan kini meraih 95 kemenangan Grand Prix selepas 11 kemenangan dari 17 perlumbaan pada 2020.



Ditambah pula 98 kedudukan petak pertamanya, dengan Schumacher berjaya hanya 68 kali, warga Britain itu kini secara statistik dianggap pemandu terbaik F1 sepanjang masa. Penyerang Barcelona Lionel Messi, 33 tahun, telah melepasi legenda Brazil Pele untuk menjadi pemain yang menjaringkan gol terbanyak untuk satu kelab selepas membawa jumlahnya kepada 644 gol bulan ini.



Gol memecah rekod itu muncul dalam babak kedua kemenangan 3-0 Barca ke atas Real Valladolid.



Pele meledakkan 643 gol kompetitif buat Santos sepanjang 18 tahun menyarung jersi kelab Brazil itu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >