ZAGREB: Gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter melanda kota di Croatia pada Selasa (29 Disember) dan mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak, mencederakan ramai dan meruntuhkan rumah di situ, jelas penyedia khidmat darurat.
Menerusi rakaman video di televisyen, kelihatan pegawai penyelamat berusaha menarik keluar mereka yang terbenam di dalam runtuhan bangunan yang musnah. Pegawai tentera juga dikerahkan bagi membantu.





