KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah melantik jawatankuasa 14 anggota untuk memberi saranan kepada pemerintah tentang strategi vaksinasi Covid-19 Singapura, dan memastikan penggunaan vaksin selamat dan berkesan.
Dalam satu kenyataan pada Khamis (12 Nov), MOH berkata jawatankuasa itu dipengerusikan Penolong Profesor Benjamin Ong, penasihat kanan kepada pengarah perkhidmatan perubatan.





