RIYADH: Pemimpin Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz, mendesak dunia supaya mengambil "sikap tegas" bagi menangani usaha Iran mahu mengembangkan program peluru berpandu nuklear dan balistik, sempena ucapan tahunan beliau kepada badan penasihat kerajaan tertinggi semalam.
"Kerajaan ini menekankan bahayanya projek Iran, campur tangannya di negara lain, memupuk pengganasan, mendorong sektarianisme, dan meminta pendirian tegas daripada masyarakat antarabangsa terhadap Iran yang...





