PERKHIDMATAN Awam akan membayar pampasan sekitar $10 juta kepada kira-kira 3,000 penjawat awam dahulu dan sekarang yang menerima bayaran kurang daripada sepatutnya selama bertahun-tahun akibat kesilapan dalam rekod sumber manusia (HR).
Kesilapan itu ditemui dalam proses peningkatan sistem teknologi maklumat (IT) senarai gaji dan HR, kata Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) dalam satu kenyataannya semalam.





