MANCHESTER: Pengurus Manchester City Pep Guardiola telah menandatangani kontrak baru dua tahun bersama kelab tersebut yang akan mengikat beliau sehingga akhir musim 2022-23.
Dalam kenyataan kelab Liga Perdana England itu, pengerusi City Khaldoon Mubarak berkata pelanjutan kontrak 'Pep' merupakan langkah seterusnya dalam satu perjalanan yang melalui perkembangan selama bertahun.





