Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pep sambung kontrak 2 tahun dengan City

Nov 19, 2020 | 9:55 PM
SAMBUNG KONTRAK: Pengurus Manchester City Pep Guardiola telah menandatangani kontrak baru dua tahun bersama kelab tersebut yang akan mengikat beliau sehingga akhir musim 2022-23. - Foto AFP
SAMBUNG KONTRAK: Pengurus Manchester City Pep Guardiola telah menandatangani kontrak baru dua tahun bersama kelab tersebut yang akan mengikat beliau sehingga akhir musim 2022-23. - Foto AFP -

MANCHESTER: Pengurus Manchester City Pep Guardiola telah menandatangani kontrak baru dua tahun bersama kelab tersebut yang akan mengikat beliau sehingga akhir musim 2022-23.

Dalam kenyataan kelab Liga Perdana England itu, pengerusi City Khaldoon Mubarak berkata pelanjutan kontrak 'Pep' merupakan langkah seterusnya dalam satu perjalanan yang melalui perkembangan selama bertahun.

"Ia adalah hasil daripada saling mempercayai dan menghormati yang wujud antara beliau dengan seluruh Kelab," ujar Mubarak.

Guardiola pula berkata: "Sejak tiba di Manchester City saya berasa amat diterima dan dialu-alukan dalam kelab dan bandar ini." - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg