KOMPOSER lagu 'hit' Menaruh Harapan (dendangan Zaiton Sameon), A. Ali atau nama sebenarnya, Hamdah Atan, 71 tahun, meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Kajang, pagi tadi (Sabtu, 21 November).
Beliau yang pernah menjadi gitaris kumpulan Sweet Charity dan kemudian menganggotai kumpulan Kembara bersama Datuk M. Nasir dikatakan tidak mempunyai masalah kesihatan kronik dengan pemergiannya sangat mengejutkan.





