WASHINGTON/BEIRUT: Amerika Syarikat mengetuai usaha diplomatik untuk menghalang Israel daripada menyerang Beirut, ibu kota Lebanon, atau infrastruktur awam utama sebagai tindak balas serangan roket maut di Bukit Golan.
Washington giat berusaha untuk mengelak perang besar-besaran antara Israel dan Hezbollah, yang disokong Iran, selepas serangan ke atas Bukit Golan yang diduduki Israel, membunuh 12 orang pada hujung minggu, menurut beberapa sumber...





