LONDON: Daniil Medvedev bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan juara Terbuka Amerika Syarikat Dominic Thiem dengan mempamerkan aksi menarik bagi memenangi kejuaraan terbesar dalam kerjayanya di Jelajah Dunia ATP Finals di London, pagi semalam.
Pemain pilihan keempat dari Russia itu mempamerkan aksi terbaik di O2 Arena untuk mencatat kemenangan 4-6, 7-6 (7/2), 6-4.





