Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS ATP FINALS

Medvedev bangkit kalahkan Thiem untuk julang kejuaraan

Nov 24, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Daniil Medvedev bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan juara Terbuka Amerika Syarikat Dominic Thiem dengan mempamerkan aksi menarik bagi memenangi kejuaraan terbesar dalam kerjayanya di Jelajah Dunia ATP Finals di London, pagi semalam.



Pemain pilihan keempat dari Russia itu mempamerkan aksi terbaik di O2 Arena untuk mencatat kemenangan 4-6, 7-6 (7/2), 6-4.



Medvedev, yang sebelum itu menewaskan juara lima kali Novak Djokovic dan pemain nombor dua dunia Rafael Nadal, menjadi pemain pertama menewaskan tiga pemain utama ranking dunia di kejohanan penghujung musim itu.



Sensasi Russia berusia 24 tahun itu kini memenangi 10 perlawanan berturut-turut selepas kejuaraan awal bulan ini di Paris Masters, dan mencatat sejarah manis tahun ini mengekalkan rekod tanpa kalah pada penampilan pertama di London.



Ia kekalahan memeritkan buat Thiem, yang turut tewas pada final kejohanan elit membabitkan lapan pemain itu tahun lalu, kepada Stefanos Tsitsipas.



"Perlawanan hebat," kata Medvedev. "Salah satu daripada kejayaan terbaik saya, dua jam dan 42 minit, tiga set menentang pemain hebat."



Thiem memberi saingan sengit pada setiap set.



"Sudah tentu saya kecewa, tetapi pada masa sama saya bangga mengenai prestasi saya sepanjang minggu ini," katanya.



"Daniil memang berhak memenanginya. Ia satu perlawanan hebat."



Medvedev menjadi pemain Rusisa pertama memenangi ATP Finals sejak 2009, apabila Nikolay Davydenko menjuarai edisi pertama bagi musim final yang berlangsung di London.



Tahun depan, kejohanan itu akan dilangsungkan di Turin, Italy. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >