PENDIDIK prasekolah akan menerima lebih banyak sokongan dalam membangunkan kemahiran dan mendaki tangga kerjaya mereka, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Ini akan dilakukan menerusi beberapa usaha termasuk semakan Rangka Kerja Kemahiran bagi Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) dan pembangunan Peta Jalan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi pendidik.





