SIK (Kedah): Seorang lelaki terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di sini pada 30 Julai, selepas seminggu menahan sakit akibat cincin yang tersekat di jari tengah di tangan kirinya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya dipanggil membantu menanggalkan cincin berkenaan pada jari lelaki berusia 50 tahun itu pada 2.27 petang.





