Topic followed successfully
Go to BHkuBomba bantu tanggal cincin tersekat di jari lelaki di Kedah
Bomba bantu tanggal cincin tersekat di jari lelaki di Kedah
Bomba bantu tanggal cincin tersekat di jari lelaki di Kedah
SIK (Kedah): Seorang lelaki terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di sini pada 30 Julai, selepas seminggu menahan sakit akibat cincin yang tersekat di jari tengah di tangan kirinya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya dipanggil membantu menanggalkan cincin berkenaan pada jari lelaki berusia 50 tahun itu pada 2.27 petang.
Beliau berkata operasi disertai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Soffuan Sabry, bersama tujuh anggota bergegas ke Klinik Kesihatan Jeniang, di sini untuk membantu mangsa, lapor Berita Harian Malaysia.
“Anggota Bomba mengambil masa kira-kira 50 minit untuk memotong cincin jenis besi keluli dengan gunakan peralatan khas sebelum berjaya dibuka.
“Mangsa sebelum ini menganggap kesakitan yang dialaminya itu perkara biasa dan terpaksa menahan sakit selama seminggu di rumah.
“Namun, dia tidak menyangka kesakitan yang dialami itu semakin teruk hingga menyebabkan jari tengahnya bengkak.
“Dia turut menggunakan pelbagai cara untuk mengeluarkan cincin berkenaan pada jarinya namun gagal menyebabkan dia terpaksa ke klinik dan mendapatkan bantuan kami,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu kemudian mendapatkan rawatan lanjut di klinik berkenaan.

