DUBAI: Presiden baru Iran, Encik Masoud Pezeshkian, mengangkat sumpah pada 30 Julai selepas memenangi pilihan raya yang diadakan awal Julai, dengan berjanji untuk memperbaiki hubungan dengan dunia dan melonggarkan sekatan terhadap kebebasan sosial dalam negeri.
“Kami akan meneruskan interaksi yang membina dan berkesan dengan dunia berdasarkan maruah, kebijaksanaan dan kemanfaatan,” kata Encik Pezeshkian, seorang yang berpendirian sederhana, pada sidang Parlimen...





