ALOR SETAR (Kedah): Petani Malaysia bakal berdepan kesukaran memulakan musim tanaman baru padi yang dijadual bermula antara Oktober dengan November, berikutan fenomena cuaca panas dan ketiadaan hujan ketika ini.
Pengerusi Badan Bertindak Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Encik Che Ani Mat Zain, berkata ketika ini, kesan kemarau belum dapat dilihat sepenuhnya berikutan musim tanaman 1/2024 bakal tamat antara Ogos...





